Seminar “Kickstart Entrepreneur” Pelatih PROTEGE

Seminar “Kickstart Entrepreneur” Pelatih PROTEGE

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 2 November 2019 – Telah berlangsung satu seminar anjuran Lembaga Tabung Haji dengan kerjasama Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur. Seminar bertajuk “Kickstart Entrepreneur” bertempat di Dewan Besar, Menara TH. Seramai 360 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar Kolej Profesional Baitulmal dan pelajar praktikal TH didedahkan dengan kemahiran asas keusahawanan yang boleh digunapakai di dalam tugasan di tempat kerja atau membuka perniagaan sendiri. Para pelajar ini turut akan dinilai daripada segi penglibatan mereka untuk subjek yang berkenaan. Program seminar yang bermula seawal 8 pagi sehingga 5 petang ini dirasmikan oleh YBrs. Encik Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif TH.

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.