Kursus Pemantapan Pengendalian Umrah (KPPU)

Kursus Pemantapan Pengendalian Umrah (KPPU)

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 28 September 2019 – Hari ini telah berlangsung Kursus Pemantapan Pengendalian Umrah (KPPU) atau Umrah Specialized Enhancement Course (USEC) di Dewan Kuliah 1, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur. Seramai 133 orang peserta menyertai kursus ini. Kursus ini merupakan antara inisiatif kerajaan di bawah Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU), bagi memantapkan urus tadbir dan tatakelola pengurusan umrah juga menangani kes-kes penipuan umrah. Selain itu, kursus ini merupakan pra-syarat kepada agensi pelancongan untuk mendapatkan Lesen Khas Umrah (LKU).

[gdl_gallery title=”20190928-2″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.