Kejohanan Bola Sepak Piala Rektor 2019

Kejohanan Bola Sepak Piala Rektor 2019

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 28 September 2019 – Kejohanan Bola Sepak Piala Rektor KPB MAIWP buat julung kalinya diadakan di Kompleks Sukan Kg. Pandan (KOMBES) bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Rektor KPBKL MAIWP, Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Yaakub, merasmikan pertandingan ini dengan menendang bola ke dalam gol sebagai gimik perasmian. Turut hadir, Timbalan Rektor (Akademik & Penyelidikan), Dr. Mohamad Fitri Bin Mohamad Yusoff dan Dr Noraini Mohamad.

Kejohanan ini bertujuan untuk mencari bakat baru di kalangan pelajar khususnya untuk membentuk pasukan bola sepak KPBKL MAIWP. Selain itu, ia turut meraikan penyertaan para pelajar dari pelbagai program. Dalam masa terdekat ini, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni sedang merangka penganjuran Karnival Sukan KPB MAIWP yang bakal berlangsung pada pertengahan bulan Oktober dan antara acara yang bakal dipertandingkan adalah futsal, bola sepak, badminton, bola jaring dan banyak lagi.

[gdl_gallery title=”20190928″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.