Rektor KPBKL MAIWP dilantik sebagai Ahli Panel Isu-Isu Semasa Wanita Islam (PISWI)

Rektor KPBKL MAIWP dilantik sebagai Ahli Panel Isu-Isu Semasa Wanita Islam (PISWI)

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 11 September 2019- Tahniah kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Binti Ya’akub di atas pelantikan sebagai Ahli Panel Isu-Isu Semasa Wanita Islam (PISWI) Sesi 2019/2021.

Panel PISWI ini berperanan menasihati kerajaan dalam merangka dasar dan merancang pendekatan efektif bersama pihak-pihak terlibat dalam isu berkaitan wanita dan Islam.

Majlis penyerahan watikah ini telah telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bersama- sama YB Puan Hajjah Fuziah Binti Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri petang tadi di Dewan Jamuan Aras 9, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.

Kami di KPBKL berasa bangga dengan perlantikan ini dan semoga di bawah kepimpinan YBhg. Dato’ Rektor KPBKL akan terus melakar kecemerlangan

[gdl_gallery title=”20191109″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.