Undangan Ke Rumah Terbuka Aidilfitri MBSB Bank Berhad

Undangan Ke Rumah Terbuka Aidilfitri MBSB Bank Berhad

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 19 Jun 2019 – Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP), YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah binti Ya’akub yang juga merupakan ahli jawatankuasa Syariah MBSB Bank menerima undangan ke Rumah Terbuka Aidilfitri MBSB Bank di Dorsett Grand Subang Hotel, Subang Jaya semalam. Hadir sama dengan beliau ke majlis tersebut adalah barisan pengurusan tertinggi Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP).

Pengerusi MBSB Bank, YBhg. Tan Sri Abdul Halim Ali, turut mengalu-alukan kehadiran kami.

Turut hadir salah seorang alumni KPB (MAIWP) yang telah berjaya menjawat jawatan penting dalam Majlis Agama Islam Selangor, Puan Norzaihan binti Mohd Zain, Pengarah Sektor Baitulmal.

[gdl_gallery title=”20190619″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.