(B.Melayu) Majlis Penyerahan Tugas dan Penghargaan

(B.Melayu) Majlis Penyerahan Tugas dan Penghargaan


[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 16 April 2019 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) telah mengadakan Majlis Penyerahan Tugas dan Penghargaan kepada Tuan Sakaria Samela, mantan Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) KPBKL di Restoran AlRawsha, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg Dato’ Hj. Razali Shahabudin, Pengerusi KPBKL, diikuti ucapan daripada Tuan Sakaria Samela, mantan KPE KPBKL dan ucapan penghargaan disampaikan oleh Ybhg. Prof Dato’ Noor Inayah Binti Ya’akub, KPE KPBKL yang baru.

Dalam majlis ini, YBhg Tuan Sakaria Samela, mantan KPE KPBKL telah menandatangi dokumen serah terima tugas dan meyerahkan kepada YBhg. Prof. Dato’ Noor Inayah Binti Ya’akub, KPE KPBKL yang baru disaksikan oleh YBhg. Dato’ Hj. Razali Bin Hj. Shahabudin, Pengerusi KPBKL. Majlis ini juga telah dihadiri oleh pengurusan tertinggi dan semua kakitangan KPBKL.

[gdl_gallery title=”20190416″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.