[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 12 Julai 2018 – KASUMA atau nama lainnya Karnival Sukan MAIWP 2018 akan membuka tirainya kembali bagi kali ke-5 dengan Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) sebagai tuan rumah karnival pada kali ini. Sehubungan itu, anak-anak syarikat dan subsidiari MAIWP telah mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan matlamat pelaksanaan karnival sukan ini.
Melalui mensyuarat yang dijalankan, matlamat utama penganjuran KASUMA pada kali ini telah dikenalpasti, iaitu untuk meningkatkan minat dan penglibatan setiap anak-anak syarikat atau subsidiari di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam pelbagai aktiviti sukan dan permainan. Karnival ini juga dilaksanakan untuk merapatkan ikatan antara pengurusan tertinggi, pegawai, kakitangan dan anak-anak syarikat atau subsidiari MAIWP.
Diharapkan penganjuran KASUMA pada kali ini akan berlangsung dengan jayanya dan mencapai objektif yang telah digariskan oleh pihak penganjur. KPBKL sebagai tuan rumah mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua pihak yang terlibat.
[gdl_gallery title=”12072018A” width=”900″ height=”500″ ]