[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]IPB[/dropcap]
Online, 16 April 2018 – Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institut Professional Baitulmal (IPB) dengan Institut Agama Islam Negeri Raden Curup, Bengkulu Indonesia telah diadakan pada 16 April 2018 bertempat di Bilik Seminar 1, Institut Profesional Baitulmal.
Perjanjian persefahaman antara IPB dan Institut Agama Islam Negeri Raden Curup merangkumi aspek-aspek program pendidikan yang berpotensi untuk dibangunkan, pembangunan bersama, penyelidikan, pembelajaran dan kesedaran awam. Aspek yang menjadi objektif kerjasama ini adalah dalam bidang pembangunan pelajar-pelajar Islam berteraskan konsep Islamik di bawah strategi meramaikan Muslim dalam bidang professional.
IPB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif; Tuan Sakaria Semela, Timbalan KPE (Akademik & Antarabangsa); YBhg. Dr. Ismail Mat dan Timbalan KPE (Infrastruktur & HEP); En. Wan Muhamed Wan Ibrahim manakala bagi pihak Institut Agama Islam Negeri Raden Curup yang hadir adalah YBhg. Dr. Syafryardin.
[gdl_gallery title=”16042018″ width=”900″ height=”500″ ]