(B.Melayu) Kunjungan Hormat Syarikat Guangzhou Grg Dari China Ke IPB

(B.Melayu) Kunjungan Hormat Syarikat Guangzhou Grg Dari China Ke IPB


[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]IPB[/dropcap]

Online, 12 April 2018 – Institut Profesional Baitulmal (IPB) berbesar hati menerima kunjungan hormat dari Syarikat Guangzhou GRG dari Republik Rakyat China. Dalam pertemuan ini telah diadakan perbincangan yang menyentuh kerjasama dua hala dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan perniagaan serta peluang-peluang kerjasama lain yang boleh diterokai bersama antara Syarikat Guangzhou GRG dan IPB.

Pertemuan ini dihadiri YBhg. Dato’ Haji Razali bin Haji Shahabudin; Pengerusi Lembaga Pengarah IPB, Tuan Sakaria bin Semela; Ketua Pegawai Eksekutif, serta barisan Pengurusan Kanan IPB. Manakala deligasi dari Syarikat Guangzhou GRG diwakili Mr Jason Wu; Business Partner, Mr. Chai Yoon Choong; Director, Mr. Tan Tai Giap; Managing Director dan Miss Maggie Cen; Director of Marketing.

Diharapkan dengan kunjungan ini dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala dalam membangunkan pengurusan institusi pendidikan Islam, akademik dan perniagaan dan dapat menambah baik mutu perkhidmatan di masa akan datang.

[gdl_gallery title=”12042018″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.