(B.Melayu) Malaysia Franchise Association (MFA) Melakukan Kunjungan Hormat Ke IPB

(B.Melayu) Malaysia Franchise Association (MFA) Melakukan Kunjungan Hormat Ke IPB


[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]IPB[/dropcap]

Online, 05 April 2018 – Institut Profesional Baitulmal (IPB) berbesar hati menerima kunjungan hormat dari Setiausaha Malaysia Franchise Assosiation, Encik Mohd Syukri Salleh. Dalam pertemuan ini telah diadakan perbincangan kerjasama dua hala yang boleh diadakan kedua-belah belah pihak dalam membangunkan pengurusan institusi pendidikan Islam. Pertemuan ini dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif; Tuan Sakaria Semela, Dr Mohamad Fitri Bin Mohamad Yusoff; Dekan Sekolah Pengajian Kontemporari Islam Al-Farabi dan Ketua Pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar; Mohamad Amzari Bin Aziz.

[gdl_gallery title=”05042018″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.