(B.Melayu) Kunjungan Hormat IPB Ke Pejabat Pengerusi RISDA

(B.Melayu) Kunjungan Hormat IPB Ke Pejabat Pengerusi RISDA


[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]IPB[/dropcap]

Online, 22 Mac 2018 –Institut Profesional Baitulmal (IPB) yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Razali bin Haji Shahabudin (Pengerusi Lembaga Pengarah IPB), Tuan Sakaria bin Semela (Ketua Pegawai Eksekutif) telah melakukan kunjungan hormat ke Pejabat Pengerusi Risda Y.B. Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin. Pertemuan ini bertujuan untuk melihat dan berkongsi peluang-peluang kerjasama yang boleh diterokai bersama pihak IPB dan Risda bagi membantu anak-anak asnaf pekebun kecil dalam menaik taraf kehidupan di bandar dan dan peluang akademik. Semoga pertemuan ini dapat menjalinkan kerjasama yang erat dan sentiasa utuh atas objektif memprofesionalkan anak-anak asnaf. Diharapkan dengan kunjungan ini dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala dalam membangunkan pengurusan institusi pendidikan Islam dan akademik berhubung hala tuju anak-anak asnaf.

[gdl_gallery title=”22032018″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.