[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]IPB[/dropcap]
Online, 14 Mac 2018 – Institut Profesional Baitulmal (IPB) telah bertindak sebagai tuan rumah dengan kerjasama pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Masjid Al-Imam Ash-Syafie (MAIAS), Institut Kemahiran Baitulmal (IKB), Jawi Zon 3 dan Persatuan Penduduk PPR Cochrane Perkasa bagi mengadakan program ceramah lanjutan daripada Konvensyen Saudara Muslim Peringkat Kebangsaan bersama Ibu Irena Handono. Program ini telah diadakan di Dewan Masjid Seri Perkasa 1, Masjid Al-Imam Ash-Syafie (MAIAS) dengan kehadiran seramai 300 peserta.
Program ini telah dimulakan dengan ucapan pembukaan yang disampaikan oleh YBhg. Dr Ismail bin Mat selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif – Akademik & Antarabangsa. Program bicara kebenaran ini berjudul ‘Kenapa Aku Memilih Islam’. Ibu Irena yang kini seorang mualaf merupakan mantan biarawati di Indonesia yang berfahaman Kristian Katolik. Dalam perkongsiannya, beliau mendedahkan ketarikannya terhadap Islam hingga mendorong beliau mendekati Al-Quran dan tafsir; suatu tindakan yang akhirnya membawanya menjadi seorang muslim pada tahun 1983.
Program ‘Bicara Kebenaran’ berakhir kira-kira jam 5:00 petang diiringipenyampaian cenderamata oleh YBhg. Dr Ismail bin Mat. Turut hadir dalam program ini, En. Wan Mohamed bin Wan Ibrahim; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif – Infrastruktur & Hal Ehwal Pelajar), barisan Pengurusan Kanan serta warga kerja IPB. Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Masjid Al-Imam Ash-Syafie (MAIAS), Institut Kemahiran Baitulmal (IKB), Jawi Zon 3 dan Persatuan penduduk PPR Cochrane turut menyertai program ini.
[gdl_gallery title=”14032018″ width=”900″ height=”500″ ]