(B.Melayu) Kunjungan Hormat Ketua Pegawai Eksekutif IPB Ke Pejabat Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras (YPC)

(B.Melayu) Kunjungan Hormat Ketua Pegawai Eksekutif IPB Ke Pejabat Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras (YPC)


[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]IPB[/dropcap]

Online, 13 Mac 2018 – Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Sakaria Semela telah melakukan kunjungan hormat ke Pejabat Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) YBhg. Datuk Seri Syed Ali bin Syed Abbas Al-Habshee. Turut serta dalam pertemuan ini ialah Tuan Haji Ismail Mohamad Nor selaku Ketua Pegawai Eksekutif (YPC). Satu perbincangan telah dibuat untuk melihat dan meneroka peluang kerjasama yang boleh dijalankan antara IPB dan YPC. Kedua-dua belah pihak komited dalam membantu anak-anak asnaf dalam menaik taraf kehidupan mereka di bandar dan dari segi peluang pendidikan. Semoga pertemuan ini dapat menjalinkan kerjasama yang erat dan sentiasa utuh dalam misi memprofesionalkan anak-anak asnaf.

[gdl_gallery title=”13032018″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.