(B.Melayu) Program Bual Bicara Radio Ikim Bersama IPB; Melahirkan Anak-anak Asnaf Profesional Dan Kejayaan Pelajar-pelajar IPB

(B.Melayu) Program Bual Bicara Radio Ikim Bersama IPB; Melahirkan Anak-anak Asnaf Profesional Dan Kejayaan Pelajar-pelajar IPB


[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]IPB[/dropcap]

Online, 22 Februari 2018 – Institut Profesional Baitulmal (IPB) telah diundang ke program bual bicara secara langsung di radio IKIM dalam segmen yang berjudul “Melahirkan Anak-Anak Asnaf Profesional”. Pihak IPB diwakili Ustaz Najmuddin Bin Mohd Said dan Cik Amirah Hakimah Binti Halimi selaku pensyarah serta dua orang pelajar, Muhammad Azmer Hayqal Bin Osman dan Muhammad Hafizi Bin Mohammad Noor.

Dalam mengulas topik “Melahirkan Anak-Anak Asnaf Profesional”, maklumat berkaitan IPB, antaranya peranan IPB dalam membantu anak-anak asnaf, program-program pendidikan yang ditawarkan, bantuan kewangan IPB kepada anak-anak asnaf serta kejayaan IPB bertahan selama 25 tahun telah dikongsi bersama pendengar radio IKIM dan secara tidak langsung telah menjadi medium dalam mempromosikan IPB.

Seterusnya, pelajar yang diundang ke program bual bicara ini telah berkongsi kisah kejayaan mereka dalam mewakili IPB dalam dua pertandingan iaitu Video Pendek Bahasa Arab Peringkat Antarabangsa 2017 yang diadakan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada 16 Januari 2018 dan telah bergelar juara bagi kategori C Peringkat IPT dan seterusnya kejayaan memenangi tempat ketiga bagi Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Peringkat Asean yang diadakan di Universiti Fatoni, Thailand. Kisah kejayaan yang dikongsi ini menjadi bukti kejayaan IPB dalam melahirkan para pelajar yang berkualiti, berdaya saing serta berketrampilan dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Penyertaan IPB dalam memenuhi undangan program bual bicara Radio IKIM ini diharapkan dapat menjadi platform dalam memperkenalkan IPB kepada saluran yang lebih luas lagi.

[gdl_gallery title=”22022018ikim” width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.