(B.Melayu) Kunjungan Hormat Asia E University Ke IPB

(B.Melayu) Kunjungan Hormat Asia E University Ke IPB


[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]IPB[/dropcap]

Online, 14 Februari 2018 – Institut Profesional Baitulmal (IPB) telah menerima kunjungan hormat daripada Asia E University (AEU). Pertemuan ini telah membincangkan kerjasama dua hala yang boleh diusahakan antara IPB dan AEU. Perbincangan melibatkan aspek program pendidikan yang berpotensi untuk diketengahan, program dan pembangunan bersama, penyelidikan, pembelajaran dan kesedaran awam terutamanya dalam bidang pembangunan pelajar Islam. Kesemua kerjasama yang dirangka ini menekankan kepentingan bersama dalam membangunkan anak bangsa berteraskan konsep Islamik di bawah strategi meramaikan Muslim dalam bidang professional.

Turut hadir dalam kunjungan hormat ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Sakaria Semela, Timbalan KPE (Akademik& Antarabangsa) Prof. Dr. Ismail Mat, Timbalan KPE (Infrastruktur & HEP), Timbalan KPE (IHEP) En. Wan Muhamed Wan Ibrahim, serta barisan Pengurusan Kanan IPB.

Semoga dengan pertemuan ini akan meningkatkan lagi hubungan antara IPB dan AEU dalam usaha membangunkan pengurusan institusi pendidikan Islam dan seterusnya melahirkan pelajar Muslim yang professional dan berketrampilan.

[gdl_gallery title=”14022018b” width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.