[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]IPB[/dropcap]
Online, 14 Februari 2018 – Universiti Utara Malaysia (UUM) telah melakukan kunjungan hormat ke Institut Profesional Baitulmal (IPB) diwakili oleh Prof Dr. Haim, Prof Dr. Kamal dan Dr. Sara. Sementara pihak IPB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Sakaria Semela serta barisan pengurusan IPB.
Pertemuan ini telah membincangkan kerjasama dua hala yang boleh diterokai bersama antara IPB dan UUM sama ada dalam bentuk penyelidikan, akademik mahupun pemindahan ilmu selain menjadikan UUM sebagai institusi bagi melanjutkan pelajaran bagi graduan IPB. Turut dibincangkan dalam pertemuan ini potensi IPB dan UUM untuk menjadi pusat pembangunan kepimpinan organisasi Islam.
Diharapkan kunjungan ini dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala antara IPB dan UUM dalam membangunkan pengurusan institusi pendidikan Islam dan akademik serta mencapai matlamat untuk membangunkan pelajar Muslim professional dalam pelbagai sektor.
[gdl_gallery title=”14022018″ width=”900″ height=”500″ ]