(B.Melayu) Kunjungan Hormat Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah Ke IPB

(B.Melayu) Kunjungan Hormat Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah Ke IPB


[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]IPB[/dropcap]

Online, 8 Februari 2018 – Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) telah melakukan satu kunjungan hormat ke Institut Profesional Baitulmal (IPB) diketuai Hajah Ratnawati Datuk Haji Osman dan barisan pengurusan PBNS. Delegasi PBNS telah disambut oleh Timbalan KPE (Akademik & Antarabangsa); Prof. Dr. Ismail Mat, Timbalan KPE (IHEP) En. Wan Muhamed Wan Ibrahim serta barisan Pengurusan Kanan IPB.

Pertemuan ini telah membincangkan kerjasama dua hala yang boleh dimeterai antara kedua-dua belah pihak selain berkongsi kepakaran bidang masing-masing. Pertemuan ini diharapkan dapat dijadikan titik mula kepada kerjasama yang lebih erat di masa hadapan dalam objektif untuk membangunkan pelajar Muslim profesional.

[gdl_gallery title=”08022018″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.