(B.Melayu) Kunjungan Hormat Dan Mempromosikan IPB Ke SMK (agama) Syarifah Rodziah Melaka

(B.Melayu) Kunjungan Hormat Dan Mempromosikan IPB Ke SMK (agama) Syarifah Rodziah Melaka


[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]IPB[/dropcap]

Online, 15 Januari 2018 – Institut Profesional Baitulmal dan delegasinya telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg Tuan Haji Ismail Mohmd di Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Syarifah Rodziah Melaka dan berkesempatan juga mengadakan promosi untuk memberi pendedahan kepada pelajar tingkatan 5 berkaiatan dengan peluang yang ada untuk melanjutkan pelajaran. Sasaran pelajar tingkatan 5 2018.

Pertemuan ini berakhir kira-kira pada pukul 10:30 malam, turut hadir dalam majlis ini ialah Pengerusi IPB YBhg Dato’ Haji Razali Shahabudin, Ketua Pegawai Eksekutif Tuan Sakaria Semela, Timbalan KPE (Akademik & Antarabangsa) Prof. Dr. Ismail Mat, Pendaftar Puan Rokiah Yunus serta barisan pengurusan dan pensyarah IPB.

Diharapkan dengan kunjungan ini dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala dalam membangunkan pengurusan Institusi pendidikan islam dan dapat bertukar-tukar pandangan dalam berhubung hala tuju pelajar, insyallah.

[gdl_gallery title=”smkmelaka” width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.