[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]IPB[/dropcap]
Online, 14 November 2017 – Menyedari kepentingan Al-quran sebagai panduan kepada kehidupan manusia, satu kunjugan hormat ke Darul Quran JAKIM telah diadakan bagi mendapatkan nasihat dan pendapat daripada institusi yang mempelopori pengajian tahfiz Al-Quran terulung di negara ini.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mendapatkan taklimat dalam pengendalian kursus berkaitan Tahfiz Al-quran yang telah dijalan oleh pihak Darul Quran dan dapat sedikit sebanyak pihak IPB dapat menimba pengetahuan yang berkaitan.
Taklimat berkenaan dengan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran telah diberikan oleh Pegawai Perhubungan Awam Darul Quran, Ustaz Najib Abdul Gaffar. Dalam taklimatnya, beliau telah menyatakan dua model pengajian yang sedang dijalankan bagi program pengajian ini iaitu:
- Model UIAM; program Pensijilan Tahfiz dijalankan terlebih dahulu sebelum pelajar belajar dalam bidang profesional
- Model UNITEN/CUCMS/UTeM; program Pensijilan Tahfiz dijalankan serentak dengan pengajian dalam bidang professional
Pertemuan ini berakhir kira-kira pada pukul 12:30 tengahrii selepas pertukaran cenderamata dari kedua pihak dan sesi bergambar. Turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan KPE (Akademik & Antarabangsa) Prof. Dr. Ismail Mat, Pengurus Hal Ehwal Akademik & Kurikulum, Puan Rodziah Sulaiman dan Encik Mohamad Amzari Aziz, Ketua Pegawai HEP.
[gdl_gallery title=”darul-quran-jakim” width=”900″ height=”500″ ]