(B.Melayu) Perpindahan Pelajar Diploma Pengajian Muamalat

(B.Melayu) Perpindahan Pelajar Diploma Pengajian Muamalat

Dimaklumkan bahawa berdasarkan keputusan mesyuarat perpindahan pelajar-pelajar Diploma Pengajian Muamalat dari Kampus Putrajaya berpindah ke Kampus IPB Kg. Pandan pada 28 Mac 2016 telah memutuskan keseluruhan pelajar Diploma Pengajian Muamalat Semester 2 dan Semester 3 dikehendaki berpindah ke Kampus Kg. Pandan Kuala Lumpur, berkuat kuasa 21 April 2016.

Pelajar Diploma Pengajian Muamalat juga dikehendaki mengosongkan rumah-rumah yang diduduki di Asrama Mutiara dan Asrama Zikay. Pelajar Diploma Pengajian Muamalat akan menduduki Asrama IPB Kg. Pandan mulai Semester April 2016.

Lampiran.

Surat Pekeliling Perpindahan DPM dari Putrajaya ke IPB Kg. Pandan

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.