BENGKEL PENILAIAN PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (DITE) DAN DIPLOMA PERKAUNAN (DACC)/DIPLOMA IN INFORMATION TECHNOLOGY (DITE) AND DIPLOMA IN ACCOUNTING (DACC) PROGRAM EVALUATION WORKSHOP

Bahagian Penyelidikan, Pembangunan Kurikulum dan Pengkomersialan (BPPKP) telah menganjurkan Bengkel Penilaian Program bagi dua program homegrown KPBKL iaitu Diploma Teknologi Maklumat (DITE) pada 20 Mei 2024 dan Diploma Perakaunan (DAcc) pada 21 Mei 2024. Bengkel ini diadakan bagi tujuan pemantauan, semakan dan penilaian yang berterusan ke atas program akademik di KPBKL yang perlu dilaksanakan agar silibus yang ditawarkan kekal relevan dan seiring dengan permintaan industri
semasa. Turut bersama-sama dalam bengkel ini adalah Ketua Program Diploma Teknologi Maklumat (DITE), Ketua Program Diploma Perkaunan (DAcc), Dekan Fakulti Pengajian Teknokorporat (FPT), Timbalan Dekan (Akademik) Fakulti Pengajian Teknokorporat (FPT), pensyarah jemputan dan pegawai BPPKP.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Penilai Luar Program Diploma Teknologi Maklumat (DITE) iaitu YBhg Ts. Yuhanis Binti Omar – Ketua Bahagian Informatik dan Analitik, UNIKL dan YBrs En. Muhammad Tarmizi Bin Sanusi Afkar – Ketua Pegawai Eksekutif, Tarsoft Sdn Bhd. Tidak lupa juga kepada Penilai Luar Program Diploma Perakaunan (DAcc) iaitu YBrs Puan Harlinda Binti Tomadi – Account Receivable Manager, Petroliam Nasional Berhad dan YBhg. Dr Morni Hayati Binti Jaafar Sidek, Pensyarah
Kanan, Pusat Pengajian Perniagaan, UNIKL dalam membantu KPBKL ke arah penawaran program akademik yang lebih baik dan berkualiti.

______________________________________________________________________________

The Division of Research, Curriculum Development and Commercialization (BPPKP) has organized a Program Evaluation Workshop for two Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) homegrown programmes, namely the Diploma in Information Technology (DITE) on 20 May 2024 and the Diploma in Accounting (DAcc) on 21 May 2024. This workshop was held for the purpose of continual monitoring, reviewing and evaluating of academic programmes in KPBKL that need to be implemented so that the
syllabus offered remains relevant and in line with current industry demands. Also participating in this workshop are the Head of Diploma in Information Technology (DITE), the Head of Diploma in Accounting
(DAcc), Dean of the Faculty of Technocorporate Studies (FPT), Deputy Dean (Academic) of the Faculty of Technocorporate Studies (FPT), guest lecturers and BPPKP officers.

Many thanks and appreciation to the External Assessors of the Diploma in Information Technology (DITE) which are Ts. Yuhanis Binti Omar – Head of Informatics and Analytics Section, Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) and Mr. Muhammad Tarmizi Bin Sanusi Afkar – Chief Executive Officer, Tarsoft Sdn Bhd. Also to the External Assessors of the Diploma in Accounting (DAcc) namely Dr. Morni Hayati Binti Jaafar Sidek – Senior Lecturer, School of Business Studies, Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) and Puan Harlinda
Binti Tomadi – Account Receivable Manager, Petroliam Nasional Berhad in helping KPBKL towards offering better and quality academic programs.

About the Author