No. Rujukan Program | KPT/JPS(N/344/6/0558) MQA/PA14215(04/26) |
Tahap Program | Sarjana Muda / Tahap 6 Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) |
Bidang Program | 344 – Accounting and Taxation |
Bahasa Pengantar | Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris |
Kaedah Penawaran | Konvensional |
Skim Pengajian | Sepenuh Masa |
Kaedah Pengendalian | Kuliah dan Tutorial |
Kredit Bergraduat | 129 jam kredit |
Tempoh Pengajian | 3 Tahun (8 semester) |
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur menawarkan program bertaraf antarabangsa iaitu Association of Chartered Certified Accountants (ACCA QUALIFICATION) sebagai salah satu program dibawah seliaan Fakulti Pengajian Teknokorporat. Program ini mempunyai ambilan pertama iaitu pada Januari 2022.
Program ini merupakan kelayakan Sarjana Muda yang dikeluarkan oleh pihak ACCA. Tujuan program ini diperkenalkan adalah bagi melahirkan ilmuan profesional Muslim yang berdaya saing dan kompeten dalam bidang perakaunan selain memenuhi keperluan majikan dan industri di Malaysia mahupun antarabangsa.
Program ini turut mengetengahkan pelbagai bidang pelajaran merangkumi aspek perakaunan, kewangan, percukaian, audit, pengekosan dan juga pengurusan. Pelajar turut didedahkan dengan pemahaman dan keupayaan dalam menyediakan penyata perakaunan berdasarkan amalan standard antarabangsa. Pelajar juga diterapkan dengan penguasaan penggunaan aplikasi komputer yang meluas. Ini adalah kerana pelajar bakal menjawab peperiksaan luaran secara computer-based exam
Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang :
*Nota: Syarat kredit Matematik pada peringkat SPM bagi calon (iii), dan (iv) boleh dikecualikan jika kelayakan tersebut mengandungi mata pelajaran Matematik dan pencapaiannya setara/lebih daripada keperluan kredit mata pelajaran tersebut pada peringkat SPM.
*tertakluk kepada pindaan semasa
Graduan Program Association of Chartered Certified Accountants (ACCA QUALIFICATION) memiliki peluang kerjaya yang amat luas di pelbagai jabatan baik di jabatan kerajaan dan swasta. Antara jabatan / unit yang bersesuaian untuk graduan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA QUALIFICATION) bekerja merangkumi:
Jawatan yang sesuai disandang oleh graduan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA QUALIFICATION) merangkumi :• Pegawai Khidmat Pelanggan di institusi kewangan.
• Pembantu Kewangan.
• Pembantu Juruaudit
• Pembantu Akauntan
• Akauntan
• Juruaudit
• Ketua pegawai kewangan
• Pengarah kewangan
• Pengurus kewangan
• Juruaudit dalaman
• Penganalisis kewangan
Waktu Operasi
Waktu Rehat
Operasi KPBKL ditutup pada hari minggu (Sabtu dan Ahad), serta pada hari cuti umum Malaysia.
Program utama yang ditawarkan oleh Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
Program dengan usahasama Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur dan UiTM
Program bertaraf antarabangsa di bawah seliaan Sekolah Perakaunan, Pengurusan & Teknologi.
Diperkenalkan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur mengantikan Certified Accounting Technician (CAT)
Program khusus untuk pelajar sedang bekerja menyambung pelajaran di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
Kursus pendek untuk pensijilan yang dijalankan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
Copyright ©kpbkl.edu.my 2024
YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”
Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.
Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.