Program Motivasi Kendiri dan Peningkatan Skor oleh Mahasiswa/i Kursus Penghayatan Etika & Peradaban

Program Motivasi Kendiri dan Peningkatan Skor oleh Mahasiswa/i Kursus Penghayatan Etika & Peradaban

9 Julai 2024 (Selasa) – Mahasiswa/i bagi kursus MPU2113 Penghayatan Etika & Peradaban  (PEP) telah menganjurkan Motivasi Kendiri Generasi Strawberi yang disampikan oleh penceramah jemputan Tuan Akhi Fairuz (Mohd Fairuz Bin Abu) dari MFA Smart Training & Consultancy.

Slot seterusnya, Skor Saya Semester ini dikendalikan oleh Encik Muhammad Khairul Afendi Bin Husin (pensyarah FPKI).

Kedua-dua slot yang disampaikan bagi mengembangkan kemahiran sahsiah dan berdikari di kalangan peserta. Selain itu, program ini membantu membentuk mahasiswa/i menjadi generasi yang berdaya tahan dan boleh menyesuaikan diri dalam menguruskan emosi dan menangani tekanan pelbagai situasi kehidupan di alam institut pendidikan tinggi.

Seramai 120 orang peserta dari kesemua program diploma FPKI. Mereka terdiri di kalangan mahasiswa/i yang mencapai Gred Purata Keseluruhan (CGPA) di bawah 3.00.

Sekaligus bertujuan dalam memenuhi keperluan kursus PEP dalam penglibatan mahasiswa/i untuk terlibat secara langsung sebagai jawatankuasa sukarelawan di bawah pensyarah penasihat Puan Nazhatul Ain Binti Hisamudin.

 

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.